Senin, 02 Juli 2012

teori gestalt

 
Bahagian ini akan memperkenalkan kepada anda secara ringkas mengenai salahsatu pendekatan teori dalam amalan kaunseling iaitu teori GESTALT . Di akhir babdiharapkan anda akan dapat :1.mempelajari mengenai sejarah dan latarbelakang , serta konsep utama teoriGESTALT2.memahami pandangan terapi GESTALT terhadap manusia dan tingkahlakuyang bermasalah3.mengetahui tentang prinsip asas, matlamat, teknik dan proses kaunselingserta peranan kaunselor dan klien menurut terapi GESTALT dalam amalankaunseling.PENGENALAN KEPADA TEORI GESTALT
Frederick Perls (1893-1970) pelapor kepada teori gestalt
Awalnya berkefahaman kewujudan atau “existentialism”
Tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan terapi Gestaltantaranya WERTHEIMER, KOFFKA DAN KOHLER.
Gestalt pada asasnya merujuk kepada satu pola, bentuk atau konfigurasiyang diteliti atau diamati oleh seseorang secara keseluruhan
Istilah Gestalt itu sendiri dalam bahasa Jerman yang membawa takrif sebagai manusia, objek, benda atau suatu keseluruhannya.
Oleh kerana itu, keseluruhan sesuatu bentuk, objek atau konfigurasi ituakan dikatakan atau diandaikan mengandungi melebihi jumlah bahagian-bahagian yang menjadikannya.
Gambaran (persepsi) terdiri daripada suatu bentuk atau konfigurasi yangmenonjol dan yang menjadi tumpuan perhatian di atas suatu latar ataulayaran.
Teori ini memberi penekanan kepada makna individu itu sendiri danbagaimana individu itu melakukan pengamatan dan persepsi sertakemahiran dan pengetahuan mereka terhadap pengalaman sendiri.
Menurut Gestalt seseorang individu itu akan menggalami masalah sekiranyaia masih belum berjaya melengkapkan persepsinya atau gagal mempunyaikesedaran yang kurang untuk membolehkannya mengalami atau merasaisesuatu pengalaman.
Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, mereka tidamenumpukan kepada isu “kenapa” atau “mengapa” tetapi lebih memberipenekanan kepada isu atau persoalan “bagaimana “ atau proses.
Pandangan umum yang dibincangkan di atas jelas memberi gambaranbahawa pendekatan terapi gestalt ini berbeza dengan teori psikoanalisis.Pendekatan gestalt secara terang menolok pandangan psikoanalisis yangmengatakan bahawa tingkah laku dan personality manusia adalahditentukan (deterministik) dan dikawal oleh faktor-faktor dalaman danluaran>PANDANGAN TEORI GESTALT TERHADAP MANUSIA
Isu kemanusiaan secara total dan menyeluruh
Individu dilihat sebagai unsure yang bersepadu yang mempunyai fikiran,perasaan dan tingkah laku

1 komentar: